Belajar Solat

Solat Tiang Agama

  • Belajar Solat


    Solat Tiang Agama

  • Jumlah Pengunjung

    • 32,139 hits
  • Log Masuk / Keluar

  • Waktu sekarang

  • RSS Pakcikli00

  • RSS Jalan Akhirat

    • Rahsia jiwa wanita yang tercela 9 Januari 2011
      TABIAT ULAR Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain. TABIAT TIKUS Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri. TABIAT KERA Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan [...]
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]
  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Bangsa Mim 22 Jun 2010
      Wasiat ilmu ADAM yang di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka itu sebagai ‘dewa’. Tugas mereka adalah untuk mengurus, bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia ‘dewa’ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di musnahkan atau di hapuskan terus dari p […]
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Hang Jebat Menduduki Istana – Kajian Hikayat Hang Tuah Bab 16 19 Januari 2011
      KAJIAN: ROZIELINA ZINI (U6-3) SINOPSIS Pada awal bab ini menceritakan tentang kelakuan Hang Jebat yang semakin liar sehingga sering bersuka ria di istana dan bermukah dengan dayang-dayang di istana malahan dia meganggap istana adalah tempat tinggalnya. Perbuatan keji Hang Jebat membuatkan Raja Melaka menjadi murka tetapi apakan daya keris pandak Laksamana Ha […]
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Batu Bersurat terbelah dua di Gunung Ledang 5 Ogos 2010
      Tok Syeikh berkata 27 Julai 2010 pada 11.55p07 Batu Bersurat ini bertulis dalam BAHASA KAWI/PALAPPA/JAWA KUNO.Saya memang tidak memahami,tetapi ada tarikh di tulis di situ…iaitu 1313 tahun saka.kalau tahun masihi kita kena campor 70,maka menjadi 1383 m.Ini mungkin memberitahu kita Tahun Gunong Ledang di diami manusia.Saya di beritahu,yang Memotong batu ini d […]
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Sihir Pelalau 31 Disember 2010
      Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja/pejabat atau premis perniagaan, rezeki dari segi perkahwinan atau rezeki dari segi maju dalam pembelanjaraan. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah. Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis p […]
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Isteri perlu digoda sebelum digodam 18 Oktober 2010
      Setiap pria selalu berusaha menyenangkan sang istri untuk mencapai kepuasan seksual. Namun, tidak semua pria ternyata pintar membuat pasangannya terangsang. Mau tahu caranya? Menurut Askmen, seorang pria bisa dengan mudah membuat pasangannya terangsang dengan cara memberikan rangsangan berulang-ulang di seputar bagian sensitif tubuh pasangannya. Titik-titik […]
  • RSS Wannura Terapi

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura

    • Mohon kemaafan dan terima kasih ……. 4 April 2011
      Kepada kesemua pengunjung-pengunjung weblog wannura yang dihormati ; Saya memohon ampun dan maaf kerana tidak membalas komentar serta menghantar entri (post) yang baru buat masa yang terdekat ini oleh sebab kesibukan tugas-tugas harian serta penglibatan saya dengan aktiviti dan penyelidikan persilatan . Walaubagaimana pun , saya akan cuba membalas segala kom […]
  • RSS Wannura Orkid

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Hakikat Solat

Posted by pakcikli00 di 2 September 2010

Bermulanya usul ma’rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :”Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang MubtadiYakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang MutawasitMenyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.

3. Sembahyang orang MumtahiTiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan kehendaknya melainkan Kehendak Allah.La’ maujud bila’ hakikat ilallah : “Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ haiyyun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ ‘alimun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ qadirun bila’ hakikat ialallah : “Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ iradatun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ sami’un bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.La’ basirun bila’ hakikat ilallah : “Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”.Wa la’ mutakallimun bila’ hakikat ilallah :”Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a. :

“Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir.Qiyamlah kamu seperti Rasulullah SAW qiyam.Ruku’lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku’.Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud.Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat.Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam.

“Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata pepatah “Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai jua”.Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.Mana yang dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi.Seperti sabda Rasulullah SAW :

“Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi”Ertinya : “Menyehaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan.”Dan satu lagi Hadis mengatakan :”An niatu bilqalbi bila’ sautin wala’ harfin”Ertinya : “Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf.”Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala mengata “Allahu Akbar” : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan dia niat ‘arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas mereka baru menuntut ilmu.Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

1 – Qasad : Menyatakan pada “usalli fardhu” menandakan ada waktu pada hamba yang taat.

2 – Ta’rad : Menyatakan pada “arba’a raka’at” menandakan ada rukun, yakni bersedia hamba untuk menunaikan.

3 – Ta’yin : menyatakan pada “Lillah Ta’ala” menandakan suruhan Allah yakni menghadapi kiblat hati.

Maka sesudah nyata Qasad, Ta’rad, Ta’yin bererti telah nyatalahkiblat dada kepada Baitullah.Kiblat hati kepada nyawazat memandang zat.Sifat memandang sifat.Baharulah kita mengatakan “Allahu Akbar”.Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta’ala semata-mata. Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam al-Gahazali r.a. katanya,”Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta’ala, Allahu Akbar.” ialah seperti berikut;

1. Usalli – maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

2. Rakaat – menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu di dalam halNya dan hapuskanlah fe’el mu di dalam kelakuanNya baharulah sah amalannya.

3. Lillahi ta’ala – Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana’lah sir iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah nyata ada kiblat bagi kamu.

4. Allahu Akbar – menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta’ala kerananya Allah Ta’ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu’minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia’ dan Aulia’ serta Malaikat dengan katanya, “Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!”.5. Fardhu – sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak.

Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.Jalan sudah ada. Kepada saudara ku maka sayugialah mencari maksud pengajaran ini.Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.

Penerangan lanjut kepada perkara yang berkaitan dengan Fardu.Seperti yang sudah diketahui, “Fardhu” membawa maksud kepada “sah dan nyata”.Dan fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Seperti yang diketahui pula, sifat Wahdaniah itu ertinya Esa zat Allah Ta’ala, mustahil berbilang-bilang.Inilah yang wajib kita fahami mengapa sesuatu perbuatan yang wajib itu difardhukan.MAKSUD “Umpamanya kita mesti mengetahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dikatakan fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu diakhir fardhu?”Aku sebenarnya ingin mengajak saudara berdua kepada teori dan praktikal di dalam sesutau amal perbuatan itu mesti disahkan dan nyata ilmu tersebut oleh guru dan ada kebenarannya di sisi Allah Ta’ala.

Sebagai satu contoh. Umpamanya di dalam solat, rata-rata kita mengetahui hukum-hakamnya daripada berdiri betul sehingga diakhiri dengan memberi salam. Semua orang yang beragama Islam pasti tahu aturannya, hatta budak-budak sekolah tadika pun tahu bagaimana melakukan solat.Sebelum solat pula, adalah terlebih dahulu kita wajib berwudhu’. Bagaimana pula dengan kifiat berwudhu’??? Timbul lagi persoalan!TETAPI apa yang aku maksudkan, sudahkah kita dapat petua-petua yang sebenar di dalam fardhu-fardhu tersebut??? Bagimana yang dikatakan berdiri betul, bagaimana yang dikatakan niat, seterusnya sehingga memberi salam. Ini yang aku nak saudara-saudara ku fahami.Perbuatan solat tersebutlah yang wajib disahkan dan nyata! Aku sering menekankan persoalan berilmu dan beramal, yakni ilmu yang wajib disertakan dengan amal perbuatan. Kalau tidak amalan kita akan menjadi sia-sia.Bagi ku persoalan solat itu adalah begitu penting. Dengan sebab itu, mendirikan solat itu dikatakan sebagai tiang agama. Tapi bagi aku mendirikan solat itu sebagai “Tiang Arash”!Sebab apa aku berkata demikian, kerana seperti yang sudah aku perkatakan pada saudara Habib bahawa “di dalam solatlah kita boleh di-ISRA’ dan di-MI’RAJ-kan.

Kita boleh merasai pengalaman-pengalaman tersebut. Inilah yang dikatakan hakikat di dalam perbuatan solat.Pengalaman yang bagaimana??? Hanya diri saudara-saudara ku sendiri yang boleh menjawabnya. Bukan diri aku, aku hanya sekadar “MERIWAYATKAN” amanah Allah SWT!Sabda Rasulullah SAW :LA TASIHHU’L-SALATU ILLA BI’L-MA’RIFAHBermaksud : “Tiada sah solat melainkan dengan ma’rifat.”AL-MA’RIFATU SIRRIBermaksud : “Yang ma’rifat itu rahsiaku.”Sebagai “Talib” yakni orang yang menuntut ilmu itu, kita akan melalui dua kategori iaitu :

1. SALIK2. SALIK MAJZUB Dengan sebab itu aku mengatakan, “setiap individu itu mempunyai satu Tuhan”.Membawa maksud ” ma’rifat di antara kita (setiap individu) di dalam meng-ESA-kan Allah Ta’ala itu adalah berbeza.”Perkara ini aku berpegang kepada pertanyaan yang diajukan oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah SAW semasa baginda turun daripada Mi’raj bertemu Allah Ta’ala.Tanya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW, “Bagaimana engkau melihat dan kenal Allah Ta’ala, ya Muhammad???Jawab Rasulullah SAW, “‘Araftu rabbi bi rabbi!” yakni “Aku kenal Tuhan ku dengan Tuhan ku!”Sungguh simbolik, tetapi itulah jawapan yang paling mampu Rasulullah SAW gambarkan.Apabila lain daripada Allah tiada dilihatnya, maka fana’ hukumnya pada ibarat ini. Perkataan ini terlalu mushkil. Oleh itu saudara-saudaraku hendaklah benar-benar tahkik mengetahuinya.Saudara Suluk dan Habib sendiri aku pasti sedia maklum apa yang dikatakan atau bagaimana yang dikatakan “Kalam Allah” – “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.” Dengan sebab itulah Rasulullah SAW ditajallikan sebagai seorang hamba yang “Tiada tahu menulis dan tiada tahu membaca!”Di dalam konsep penerimaan wahyu oleh Rasulullah SAW sendiri, baginda “gementar” untuk menerimanya apatah lagi bagaimana untuk menyampaikan kepada ummat yang lain agar ummat-ummat ketika itu faham, tahkik dan boleh menerima setiap rahsia dan perkhabaran dari wahyu yang “Tiada berhuruf dan tiada bersuara.”Itu ummat Islam generasi Rasulullah SAW! Berhadapan (berhadap terus) dengan Rasulullah SAW! Tiada hijab dengan Rasulullah SAW!Bagaimana pula dengan “Ummat Muhammad Akhir Zaman”??? Bertimpa-timpa hijabnya. Langsung tidak dapat “membayangi” kelibat Rasulullah SAW!!!Saudara-saudara Ku,Sedikit hendak menambah, sekadar mencari kesesuaian.Tetakala seseorang itu mengangkat takbir dengan lafas “Allahu Akbar” maka telah ada 3 ilmu padanya iaitu:

1. Usuluddin

2. Fekah

3. Tasauf

Adapun had ilmu yang tiga itu ialah:Usuludin – mengetahui yang wajib, mustahil dan harus Fekah – mengetahui segala rukun, syarat dan yang membatalkan

Tasauf – mengetahui segala yang membatalkan amalan pahala seperti riak, taksud dll.Manakah yang dinamakan Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat di dalam sholat?.Syariat – adalah tubuh iaitu segala gerakan dan perbuatan yang dilakunkan.Tarikat – adalah hati iaitu mengingatkan kerja-kerjanya satu persatu.Hakikat – hanya kepada Allah sahaja.Makrifat – adalah Rahsia seiring dengan Hakikat

Martabat orang sembahyang itu ada 3.

1. Martabat syariat

2. Martabat sembahyang orang tarikat

3. Sembahyang orang Hakikat

Rupa sembahyang orang syariat dan hukumnya. Adapun sembahyang orang syariat itu, ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah serta suci daripada riak dan seumpamanya. Semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab. Diketahuinya akan segala syarat dan rukun serta yang membatalkan dia. Hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syariat tiada sekali-kali diterima amalnya walaupun sebesar bukit. Wallahualam.Rupa sembahyang orang tarikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang tarikat itu, iktikatnya hadir Allah Taala pada hadapannya. Melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacaannya. Maka terdorong ia kepada kusyuk kerana Allah Taala hadir pada hadapannya. Suci daripada riak dan tiada harap akan pahala dan tiada takut akan siksa. Hanya memandang dirinya hamba. Mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah. Orang ini hanya diterima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allah Taala dalam sembahyang. Orang ini memandang daripada Allah kepadanya. Hukumnya syirik juga akan tetapi alas (kecil) syiriknya.

Rupa sembahyang orang hakikat dan hukumnya.Adapun sembahyang orang hakikat itu ialah orang yang tiada memandang bagi dirinya amal. Hanya memandang feel kelakuan Allah Taala yang berlakun pada dirinya yang ditakdirkan pada azali sebelum dijadikan dia. Yang dipandangnya ialah segala amalnya daripada Allah dengan Allah bagi Allah. Inilah orang yang lepas daripada syirik. Inilah yang sebenarnya sembahyang.Jadi sembahyang yang dikehendaki di sini ialah sembahyang yang meliputi tubuh dan nyawa atau jasad dan roh. Sekiranya seorang itu tiada nyawa, bukan manusia namanya dan sudah pasti tiada ia dapat beramal. Sedangkan, sebenarnya dia tiada dapat pandang yang beramal dan yang empunya amal. Kerana dengan adanya roh baru jasad dapat beramal. Sedangkan roh itu Sifatullah atau Sirrullah dan roh itu tiada akan dapat beramal sekiranya tiada serta dengan Zatullah. Maka barulah benar yang beramal itu Sifat bagi Dzat dan yang empunya amal itu adalah Dzat. Oleh kerana itulah sembahyang orang syariat dihukumkan syirik. Wallahualam.Setelah nyata kezahiran kalimah tersebut, barulah didatangkan nyawa. Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Tetakala ini karamlah aku didalam kebesarannya. Kemudian diikuti dengan tujuh kesempurnaan Takbir iaitu;La Hayun,La Alimun,La Samiun,La Kadirun,La Basirun,LaMuridun,La Mutakalimun bilhaqi Ilallah.Maka bersuaralah Ia dengan nama kebesaran Zat tuhannya – “Allahu Akbar”. Mengeletarlah diri ini, karam didalam kebesarannya. Sungguh cantik dan indah bagi mereka yang mengetahui rahsia dan perbuatan sholat itu. Segala-galanya tersirat disebalik firman Allah yang bermaksud:”Jika Engkau mengasihi Allah, Ikutilah Aku. Nescaya Allah akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosa mu”.

Satu Respons to “Hakikat Solat”

  1. Pondok hati berkata

    Mohon copy dan link

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.